Dasar Privasi / Privacy Policy
Kemas kini: Julai 2026
Ringkasnya
Annes tidak mengumpul apa-apa data peribadi. Tiada akaun, tiada pendaftaran, tiada e-mel diminta daripada kanak-kanak, tiada iklan, tiada analitik, tiada kuki penjejakan.
Apa yang disimpan, dan di mana
Kemajuan permainan, markah terbaik, PIN ibu bapa, had masa harian, dan tetapan bahasa/bunyi disimpan menggunakan localStorage dalam browser peranti anda sahaja. Data ini tidak pernah dihantar ke mana-mana pelayan dan tidak dapat kami lihat. Memadam data browser (atau menggunakan butang "Padam semua kemajuan" dalam Ruang Ibu Bapa) memadamkannya sepenuhnya.
Kanak-kanak
Laman ini direka untuk kanak-kanak berumur 5–9 tahun dengan pengawasan ibu bapa. Selaras dengan prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia dan amalan perlindungan kanak-kanak, kami sengaja tidak mengumpul sebarang maklumat: pendekatan paling selamat ialah tiada data langsung.
Pihak ketiga
Fon (Baloo 2) dimuatkan daripada Google Fonts; permintaan itu mendedahkan alamat IP peranti kepada Google seperti mana-mana muatan web biasa. Tiada perkhidmatan pihak ketiga lain digunakan. Jika anda membeli Premium, pembayaran diproses oleh pemproses pembayaran (contohnya toyyibPay atau Stripe) di laman mereka sendiri, tertakluk pada dasar privasi mereka — kami tidak menerima atau menyimpan maklumat kad.
Hubungi
Soalan tentang dasar ini, e-mel kami di team@annes.my.
In English, briefly
Annes collects no personal data. Everything (progress, parent PIN, time limits) lives in your browser's localStorage and never leaves the device. No accounts, no ads, no analytics, no tracking. Fonts load from Google Fonts; Premium payments are handled entirely by the payment processor on their site.