Syarat Penggunaan & Penafian
Kemas kini: Julai 2026
Penafian pendidikan
Annes ialah alat latihan tambahan yang direka sejajar dengan tema dan kandungan dalam sukatan KSPK dan KSSR Malaysia. Ia bukan produk rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, tidak diiktiraf oleh KPM, dan bukan pengganti pengajaran di sekolah atau bimbingan guru. Rujukan seperti "KSSR Matematik Tahun 2" menunjukkan tahap kesukaran yang disasarkan, bukan pensijilan kurikulum.
Penggunaan
- Laman ini percuma untuk 5 peringkat pertama setiap game. Peringkat lanjutan memerlukan langganan Premium RM12.99 sebulan, dibayar melalui gerbang pembayaran (FPX/kad) dan diaktifkan melalui kunci bulanan yang dihantar ke WhatsApp anda. Tiada ikatan kontrak — untuk berhenti, jangan perbaharui bulan seterusnya.
- Kanak-kanak patut bermain dengan pengetahuan dan pengawasan ibu bapa atau penjaga. Ruang Ibu Bapa menyediakan had masa harian — kami menggalakkan penggunaannya.
- Kod Premium adalah untuk satu isi rumah. Jangan sebarkan kod secara terbuka.
Tiada waranti
Laman ini disediakan "seadanya". Kami berusaha memastikan kandungan tepat dan sesuai umur, tetapi tidak memberi jaminan bahawa ia bebas ralat. Kemajuan yang disimpan dalam browser boleh hilang jika data browser dipadamkan — ini di luar kawalan kami.
Harta intelek
Watak-watak (Annes, Sang Kancil, Momo, Bubu, Cici, Kiko, Ollie, Jamal, Odi, Tara, Rina, Kilat), grafik, dan kod adalah hak milik pembangun. Penggunaan dalam bilik darjah dibenarkan; penggunaan semula komersial memerlukan kebenaran bertulis.
Bayaran balik
Premium: bayaran balik penuh dalam 14 hari untuk bulan pertama jika tidak berpuas hati — hubungi kami melalui WhatsApp dengan resit pembayaran. Kunci bulan yang telah tamat tidak boleh dikembalikan.
Hubungi
Hubungi kami: team@annes.my